Bidadari Syurga : Srikandi Ilahi

Life as Mujahidah, die as Syahidah. Jadilah perhiasan yang paling indah di dunia dan jadilah Ketua Bdadari di syurga


Recently, some people have asked me to share my skincare routine and how I recovered from my breakout. I breakout teruk after using ***w ****ing product 😭.  

Time tu tak tahu pun product tu have high mercury levels and prohibited ingredients. Patutlaa bila pakai je muka akan mengelupas then clean je rasa muka. But, once I stop using this product terus breakout naik jerawat batu segala jenis mak nenek jerawat laaa. Time tu stress gila rasa nak jumpa orang pun malu 😔 
I've tried so many product before because I loveeeee trying new product and experimenting which product works fo me. 

STEP 1: MAKE UP REMOVER


Kenapa Wajib pakai make up remover ni walaupun tak pakai make up?? 
I know mostly girls kat luar sana tu lebih prefer natural beauty, no need make-up, bedak pun tak pakai. Eh, tahu tak sebenarnya yang whitehead dan blackhead yang ada pada muka uolls ni disebabkan oleh sisa-sisa kotoran daki akibat pencemaran yang berlaku, yang singgah kat muka mcm debu, habuk dan lain-lain. Hakikatnya, selama ini I pun silap! Tak pernah tahu pun psal make up remover ni. Bila buat research barulah tahu. Kalau kita tak cuci muka dengan bersih (pakai pencuci sahaja belum tentu muka ni bersih), pori-pori muka kita ni akan tersumbat dan menggalakkan lagi berlakunyaa whitehead and blackhead pada muka. 

Okay, make up remover yg I pakai, Mary Kay Eye Make Up Remover

Haa, tahu tak make up kat bahagian mata and bibir tak boleh cuci pakai pencuci muka biasa ataupun baby oil. Kulit bahagian mata and bibir ni sangat la nipis and sensitive. Mary Kay Eye Make Up Remover ni ada silicon yg boleh merawat and menganjalkan kulit. Biasa sapu dekat area mata and bibir tak boleh sapu dekat area lain. Kalau sape2 ada milia/white bumps kat bawah mata tu boleh apply ni InshaAllah hilang. 

Okay, next is Garnier Micellar Water. Micellar Water ni ada 2 types:-

🌷Pink- For sensitive skin
🌷Blue- For oily-acne prone skin (Im using this one ,bcoz my skin type is combination/oily)

So basically, if you guys have sensitive, dry skin, use the pink one. Even normal skin or combination skin pun ok je kalau nak guna yang pink. For those yg jenis oily-acne prone skin , boleh try the blue one. Micellar Water ni sangat best and memang senang nak bersihkan muka and segala kotoran yang ada.


STEP 2: PENCUCI MUKA FOR COMBINATION/OILY SKIN (MY SKIN TYPE=COMBINATION)



🍀Aiken Tea Trea Spot Cleanser (RM7.90)

I have almost finished this tube, baru je try guna since October. Khas untuk kulit berminyak. Basically, it is quite mild for an acne treatment product. Tekstur dia agak halus and bila mula2 pakai tu macam terasa kulit tu kering sikit tapi lepas tu pakai moisturizer dah tak kering. Bau dia macam herba and ubat sikit, but it is okay for me. 

🍀Meditree Tea Tree Cleanser (RM20.90)

Meditree product are organic certified in Australia, vegan and cruelty-free. No synthetic filter, preservatives and foaming agents (tgk kat tube belakang). Its all fresh and effective. At first glance, the tea tree facial cleanser texture looks like herbal gel ! Yess, I like a herbal gel texture as it is not too drying for the skin. Suitable for oily, combination and acne prone skin. Bau dia lebih kurang sama macam Aiken Tea Tree Spot Cleanser (Smell naturally and herbal-like)

🍀Cosmoderm Tea Tree Oil Cleanser (RM16.90 dpt promo kat guardian RM14)
So far baru one week pakai, Alhamdulillah takde apa-apa side effect jerawat tak naik. 
Suitable for oily skin. Tekstur dia sama je macam Aiken punya cleanser

🍀Mary Kay Cleanser (Formula 2-RM79) 
Dah lama pakai since awal januari. I like the formulation of the creamy cleanser as it is easy to rinse off. No foam. Kulit tak cepat kering, lembut je rasa after cuci muka. Dulu pakai Formula 1. Then, lama2 maybe tak sesuai dengan kulit and tukar Formula 2. Botanical Effect cleanser smell very light pleasant powdery. Very effective in cleaning my face, but I couldn’t tell if it was truly cleaning my face without using Skinvigorate Brush Mary Kay. I can feel the micro-beads when I scrubed gently on my wet face. This cleanser is SUPERB! 

Jangan pelik kenapa I have so many cleanser. Saja nak cuba and tengok sendiri keberkesanan product tu. All of these product basically have Tea Tree substance, and ramai jugak la yang bagi positive feedback tentang product ni. 

STEP 3 : TO EXFOLIATE - SCRUB MUKA (ST.IVES SCRUB)

The reasons why I love this 2 product :- 

🍃Green Tea Scrub(RM16.90)-Harga promo
This scrub consists of tiny hydrated silica bits that provide a really gentle but through buffing of the skin.Texture halus sikit drp Apricot Scrub It has very mild green tea scent and a slight cooling sensation on the skin. So far it works on my skin, lepas guna scrub ni of sourse lah rasa puas hati kan sebab tekstur kulit rasa macam lagi licin macam kulit baby. 

🍑Apricot Scrub(RM16.90)- Harga Promo
This scrub uses crashed walnut shells instead of hydrated silica uses in Green Tea scrub. It does feel a tad rougher on the skin. This scrub smells lovely as well (scent of creamy apricots). I saw few review online/in blog saying that the products are drying and too coarse for the face. Its depends on your skin type.Only use it 2-3 times in a week. Jangan pakai setap hari. Silap hari bulan rabak muka uolls especially yg ada seNsitive skin tu sbb tekstur dia sangat la kasar. 

STEP 4 : MASK



Berapa kerap nak pakai Mask ni ?
Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke. Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu.
I pakai mask Mary Kay Botanical Effect(yg ni best gilaaa, muka rasa tegang je elpas pakai ni).  Next is Renewing Gel Mask mary Kay (yg ni best gila boleh bawak masuk tido tak payah nak cuci tunggu kering), Freeman Claymask Rejuvenating Cucumber + Pink Salt (yg ni tak best, yg charcoal punya best sikit tapi payah la nak dapat). Bila pakai yg ni muka rasa gatal-gatal and tak selesa. Pakai bbrp kali je sbb tak best.

KORANG NAK TAHU TAK KENAPA PERLU PAKAI MASK???
haaa sini I nak inform u guysss betapa pentingnyaa mask ni.
Mesti ramai yang tak tahu kan fungsi mask tu untuk apa..tak kisah lah mask apa pon ..yang tepek kat muka ke..jenis topeng ke..gold mask ke..clay mask ke..charcoal mask ke..ape2lah jenis mask yang ada.. Tahu tak penting untuk kita pakai mask untuk kulit wajah sentiasa fresh..paling kurang seminggu 2-3 kali..jangka masa yang lama muka kita akan berseri-seri..awet mudaa..jeragatt/bintik hitam pon jangan mimpi akan dapat hinggap kat muka  uolls. 
Masker ni dpt cuci muka hanya menghilangkan kotoran dekat permukaan muka je, tapi tak termasuk bawah lapisan kulit. Sebab masking ni dia hanya membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So, lepas pakai mask, penggunaan toner and hydrting cream/moisturizer jangan lupa pulak. Ia akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??


STEP 5 : TONER

Toner sebenarnya salah satu produk kecantikan asas,selain drp pencuci dan pelembap (moisturizer). Tapi apa yang toner lakukan pada kulit muka kita sebenarnya? 

Kita paham pencuci muka ni untuk tanggalkan kotoran dan pelembap pula memelihara kelembapan kulit selain drp bagi perlindungan daripada sebarang kotoran degil and sinaran uv untuk “menyerang” kulit uolls secara direct kan. But, this toner is very very IMPORTANT , it helps to minimize your pores and tutup semula liang-liang pori yang terbukak tu. 

So, I pakai toner Mary Kay Botanival Effect (utk malam) and Cosmoderm Tea Trea Oil Clarifying Toning Lotion (utk siang). Dua-dua best sangat. Memang segala sisa-sisa kotoran yang tk tanggal lepas cuci muka tu hilang semua.

STEP 6 : FACE-MIST (WATER SPRAY)

Dalam banyak-banyak produk kecantikan yang kita kumpul selama ni,  face mist mungkin bukan salah satu produk yang kita kena ada in our makeup/skincare collection kan ?? Mesti u guyss tak pernah/tak ambil tahu pun what is the function of facemist. Okay kalau nak tahu, facemist ni one of method utk kekalkan kelembapan kulit supaya tak cepat kering.Sebab kadang-kadang bila kita tak selalu pakai krim moisturizer pada muka. Facemist ni pun dapat bantu untuk menyegarkan kulit, melembabkan, menghalang kulit dari sunburn sebab sinaran UV. Sesetengah facemist juga bagus untuk awet muda, mengurangkan kedutan di muka dan macam-macam lagi lah! #jangantuasebelummasanyaguysssss 😂

For me, I pakai Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water(Harga RM30++)

Suka pakai selepas cuci muka/pakai toner. Muka rasa sejuk. Pure Swiss Thermal Spring Water sejenis semburan yang kaya dengan mineral, selenium yang tinggi dapat imbangkan PH kulit.Sesuai untuk semua jenis kulit, boleh cari di semua drug store.Tapi ingat, sesetengah face mist adalah dari thermal atau mineral water. Jadi tak semua face mist adalah sama.
Kebanyakan face mist menggunakan essential oils (EO) atau minyak pati, ektraks botanical dan glycerin. Jadi penting untuk menggunakan face mist dengan cara yang betul. Okayyy girls ? 😘


 STEP 7 : ANTIBIOTIK KHAS UNTUK JERAWAT - CLYNDAMYCIN TOPICAL 1% TOPICAL SOLUTION (gambar sekali dengan set parut jerawat)

Hari tu viral pasal Dalacin-T kan, so I tried to find it kat pharmacy , tapi semua dah out of stock and diorg kata akan restock next year ( I cried ). Then, pergi satu pharmacy ni, dia recommend Clyndamycin 1% Topical Solution (Harga RM39.90). It’s a topical antibiotic that helps prevent and treat inflammatory acne). Sama je fungsi dia macam Dalacin T tu. Kenapa penting pakai ni, untuk matikan jerawat-jerawat korang tulaa. Kan ada banyak bakteria supaya dia tak merebak ke area lain pakaila antibiotik ni yea.

STEP 8 : PELEMBAB MUKA


Pelembab muka ni wajib pakai. Nanti takut kulit kering, bersisik and rasa kasar je mukaaa. Eeeee, tak bestnyaaa. So, jangan lupa add on moisturizer dalam daily skin care routine korang. Moisturizer apa yg I pakai ?

Sebab waktu first sem dulu tak pakai apa² mosturizer. Dduk Srwk kulit cepat burn and kadang² tu jadi kering. So, cuba la google pasal good moisturizer yg sesuai for my skin and for the sunny weather in Sarawak 😂.
I’ve heard about the wonderful benefits of aloe vera gels and read a ton of great reviews online, so I decided to give it a try. A lot of reviews suggest the Nature Republic Aloe Vera Gel or the Face Shop Aloe Vera Gel. Since tak jumpa Nature Republic kat sini and hari tu viral pasal fake product ni. Pergi la cari dekat The Face Shop. Kebetulan hari tu ada discount. Harga tak ingat dah berapa.

🌺First,Oil-free Hydrating Gel atau panggilan manja die OFGH ni adalah oil free (obviously), dan dirumus khas untuk kulit yang sensitive dan berminyak. Serious best sangat pakai. Selalu pakai waktu malam & siang. Teksturnya ringan dan cepat meresap kedalam kulit. I mmg dah fall in love dgn moisurizer ni and takkan tukar yang lain. Dah pakai since May 2017 sampai skrg ada lagi skit. Next year kot baru beli baru sbb tahan lama berbulan-bulan walaupun konsisten pakai everyday.

🌺Second, Mary Kay Botanical Effect Hydrate (Formula 2-RM79)
It is rich with flaxseed and sea kelp extract-infused formula which promises to maintain skin’s moisture level. The scent sama macam cleanser very light pleasant powdery scent. Texture very light lotion absorbs within seconds bila apply kat muka. Tapi, skrg jarang pakai. Sbb suka pakai Oil Free Hydrating Gel tu, texture dia lagi best.

STEP 9 : HILANGKAN PARUT JERAWAT - HIRUSCAR, MEDERMA, BIO OIL,  SAFI BALQIS ANTI-ACNE, AZANIS SCAR SERUM, MEDITREE TEA TREE OIL & AIKEN TEA TREE OIL SPOT

I tried Hiruscar (it really works to reduce my pimples, I really love it last time but kesan dia sangat lambat, pakai 1 tubes je and boleh tahan 1 semester. Pastu dah stop skrg sbb very expensive and I have to think twice to buy it again the second time).  Then, I tried Azanis Scar Serum and Mederma which works but doesn’t really satisfy me and I end up trying to find something else which will be worth buying. 
I am sure you guys have heard of Meditree and their infamous skincare line, but one of well-known skin care is Meditree Tea Tree Oil. As I am struggling to fight my acne, I found this miraculous oil to reduce my pimples. Before this, I have tried quite a lot of acne cream, gel and oil (Bio oil-RM30++, Hiruscar-RM60++, Mederma-RM50++, Azanis Scar Serum-RM40++ (trtggal kat smnanjung) and Safi Balqis Anti-Acne Cream). If you don’t know yet, tea tree oil is great for treating acne because it acts as anti-bacterial, antiseptic and anti fungal oil. So, it really helps you to fight all those nasty bacteria and treat your acne better. Bau “herbal” dia so strong and macam bau ubat tu. I start using this awal October and after one month I could say that my skin have cleared up a lot and now I’m just focusing on treating the acne scars. Kalau tak jumpa Meditree Tea Tree Oil ni, boleh jugak pakai Aiken Tea Tree Oil Spot. Sama je dua ni, I buy Aiken Tea Tree Oil Spot ni sebab hari tu pergi Watson Meditree punya out of stock. Masuk Guardian pulak (Lucky me ada 3 botol je lagi , I got this guy in hand). Sangat recommended ! Sebab it is really inexpensive (Both oil harga lebih kurang je RM20+++). It worth to buy compared to The Body Shop, Naruko and Thursday Plantation’s (kalau rasa ada budget lebih boleh la beli Tea Tree Oil brand ni, tgk review sangat berkesan jugak, Cuma harganya lebih mahal sikit la). 


Last but not least, MICRODERMABRASION SET MARY KAY. This two product ni macam adik beradik, bagai aur dengan tebing. Diorg ni saling bergantung, kalau nak pakai must buy BOTH baru nampak hasilnya. Microdermabrasion Refine (in tube), to me it is more like a super fine microdermabrasion scrub, Tekstur dia yg kasar sedikit macam scrub and sangat best bila pakai. Microdermabrasion Refine ni basically untuk  hilangkan blackheads and whiteheads. Next is Pore Minimizer. I personally use this pore minimizer like a serum as the texture is very light weight and smell so botanical. Pore minimizer ni dgr nama pun dah tahukan, (minimize pore) untuk kecikkan pori-pori muka yang terbentang luas ni. 




Okay. thats all je kot utk skin care routine ni. Any questions, BOLEH PM I PERSONALLY. I'M READY TO HELPS U GUYS ! 

LOVE ,SYUE💖















Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Hai.. Assalamualaikum semua.🌸🌸
 Okay, since ada kelapangan masa ni. I want to share about my course. (( Bachelor of Science with Honour (Cognitive Science) )) .

Dah lama nak update pasal ni, tapi terlalu busy pulak semester 2 baru ni.

🎆SAINS KOGNITIF !🎆

Haaa ? Apa tu? Sejenis makanan ke ? Hehe
Eh, takla.. Mai nak habaq kat hampa semua apa tu Sains Kognitif.

Okay, first of all meh nak story dulu macam mana boleh pilih course ni.

Actually , Cognitive Science/Sains Kognitif (SK) is my first choice in UPU.
But why Cognitive Sciences ? Takde kos lain ke yang bagus sikit.

My answer is tak kisah la kau belajar ape pun. Kos ape sekalipun, yang penting kau dapat belajar dengan baik, get a first class degree, make both of your parents proud of you. Jangan nak dduk menilai kos itu bagus ke tak bagus. Semua sama je.

Haa, berbalik semula kenapa pilih SK ni. Act, tak tahu pun kos ni wujud pada mulanya. Semua ni terlintas bila nak isi pilihan  UPU. Memula nak ambik kos dalam bidang sains kesihatan ( fisioterapi, farmasi, makmal perubatan, etc. ). Tapi, pointer Matrik tak berapa cantik sangat la and competition pun sangatlah sengit. So, tengok lah senarai kos yang ada, sekali terpandang Sains Kognitif, UNIMAS. Mak aihh, jauhnyaaa. Kat semenanjung takde ke kos ni. Ade je kat UPSI . tapi seriousely tak sama rasanya. THIS COURSE ONLY IN UNIMAS. So, fikir banyak kali lah jugak nak pilih kos ni. Maka, bermulalah kisah pencarian di rumah pakcik Google etc. Cari punya cari ade lah jugak terjumpa beberapa blog super senior yang dah graduate dgn jayanya dalam kos ni. So, try lah contact diorang melalui email  and ade lah jugak tanya macam macam pasal kos ni. Seriousely, diorg sangat friendly and banyak membantu. Lepas tu, dh fikir bebetul. Okay, “AKU LETAK SK AS FIRST CHOICES”. Lepas tu yang pilihan bawah tu semua letak lah ikut minat and syarat yang menepati kos tu. Okay, dah muktamad. Berdoa je la semoga semuanya dipermudahkan.

Then, saat-saat yang ditunggu pun tiba. Dapat result UPU. And guess what ? Mmg dapat kos Sains Kognitif , UNIMAS. Masa tu mmg happy lah kan dapat pilihan pertama. Orang kata kalau pilih UNIMAS ni mmg akan dapatlah masuk sana. Ramai pelik kenapa lah ambik UNIMAS, jauh sangat tu, Banyak lagi uni lain kat semanjung ni. Biarlah orang nak kata apa. Jawapannya rezeki masing-masing. Nak pilih UPU ni jangan lah demand sangat pasal universiti ni. In my opinion, semua tempat sama je.
Okay,  chill. Tarik nafas panjang-panjang. Banyak lagi nak cerita kat bawah ni.

Bachelor of Science with Honour (Cognitive Science)
Definition Cognitive Science (CS)= The interdicipilinary scientific study of the mind and its process.
Dalam CS ni ada banyak bidang pulak. Antaranya : ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI), LINGUISTICS, PHILOSOPHY, PSYCHOLOGY, NEUROSCIENCE AND ANTHROPOLOGY

Can u imagine macam manalah boleh belajar 6 bidang yang berbeza dalam satu kos.

This course ada two combination of soft and hard science. Soft science tu mcm social science (psychology, history, political sciences etc.) and hard science tu pulak mcm natural science la (chemistry, biology, physics,programming etc. )

Okay, in the first semester dalam kos ni. Korang akan belajar 5 core subject which are:


1. Introduction to Lingusictic
Linguistic = The scientific study of language . ( dalam linguistic, we will learn many aspect of human language including sound (phonology & phonetic), how the language is form, language meaning (semantic), word (morphology) and etc.)

For this subject, I got a very nice lecture, (DR FITRI). Ada lagi sorang lecture kelas lain. Tak ingat nama dia apa.  At first, lambat jugaklah nak hadam subjek ni. Apebenda la aku belajar. Bukan belajar bahasa macam kita belajar English tu, Lain weyy. Hahaha. So, kalau tak fham tu, jangan lah bodoh sombong ye. Cepat-cepat la jumpa lecture tanya apa yang tak faham. Ramai lah jugak yang frust time final exam sebab tak faham and tak jawab.

Ada 3 assigment utk subjek ni. Assignment 1 (Individual) pasal family tree rasanya. Senang je tu. Tapi, make sure score full mark okay. Assignment 2 (Group) buat tentang acquisition of language , kena kaji pasal how the children acquire their first language. Kitorg kena pergi interview budak umur 5-7 tahun untuk tahu pasal budak tu punya language development. Lastly Group Project, kene buat video tentang subtopic dalam Linguistic yang kitorang dah belajar. Boleh tahan jugak lah task dia.

Lecture akan bagi topic, siapa cepat dia dapat. So korang kena alert la. Boleh pilih topic yang senang sikit. Huhu. Nasib baik lah group kami cepat dapat lah topic senang sikit (Broca’s Aphasia).

2. Cognitive Psychology
Paling senang kot subjek ni. Entah la. Kalau minat psychology senang je korang nak faham. Maybe sbb aku minat psychology. Alhamdulillah boleh la hadam dengan subjek ni walaupun my lecture (Puan Mai) selalu cancel class sbb dia busy ada kursus, workshop. Boleh dikatakan sepanjang satu sem tu hanya ada 3 atau 4 kali je kelas dengan dia. And dalam satu masa tu dia akan habiskan 7 hingga 8 bab ( . hahaha. Yang bestnya, waktu exam midterm. Puan Mai ni busy, so, dia bagi kitorg take home test (20%) which is 24 hours punya test sbgai exam midterm kitorg. Tapi soalan dia punya lah susah wei. Patutlah dia bagi bawak balik test tu. Hahahha. 

Assignment pun takde lah susah mana. Ade CogLab (30%), case study (20%). Semua tu kalau buat bebetul. InshaAllah boleh skor. Rugi kalau tak score.  Carry mark tu penting twu. Lagi 30% is FINAL EXAM. Ni lagilah mentalnyaaa, kalau korang tak dapat tips utk exam. Nasib baiklah lecture ada bagi tips. Sebab banyak wei bab nak kena cover.

3. Introduction to Cognitive Science
Haa, ni subjek basic. Korang akan belajar semua pasal cabang yang ada dalam cognitive sciences. Bila korang belajar subjek ni korang akan faham la serba sedikit pasal kos ni nanti. My lecture dulu DR Chen. Sangat baik. Best la jugak dia ajar. Subjek ni kalau tak faham tak tahu lah. Sebab dia ada related dengan subjek Cognitive Psychology dgn Linguistic. So, senang sikit lah untuk student SK. 

BTW, Kos Sains Kognitif ni bawah FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA. Dalam fakulti ni hanya ada 3 kos untuk Degree. Sains Kognitif, Pembangunan Sumber Manusia (HRD), dan Kaunseling. 
Better score highest grade for this subject. Sebab senang je kalau bebetul faham. Jangan main-main taw untuk kos ni sebab credit hours dia 4. Paling banyak tu. Kalau korang tak pass subjek ni korang kena repeat semula sebab syarat untuk ambik subjek Cognitive Neurosciences (Sem 2 nnti) mesti lulus subjek ni dulu baru boleh ambil.

4. Discrete Structure
Subjek ni paling senang rasanya masa sem 1 hari tu.  Subjek math yang takde kira-kira. Hehe.  Tak tahu la, ade orang rasa susah sikit subjek ni. Subjek ni belajar dia senang, tapi bila time exam boleh tahan lah susah jugak tu. Matematik diskrit ni macam korang belajar macam lebih kepada application kot. Contohnya, macam ada berapa cara untuk kita buat password dalam satu sistem komputer, macam mana kita nak susun bulatan daripada kecil hingga paling besar mengikut urutan, berepa banyak peluang untuk seseorang tu menang cabutan bertuah. Lebih kurang macam tu lah. Tapi, subjek ni lah paling banyak TEST. Hahaha. Tapi jangan risau, test dia senang je. 

Biasanya, bila dah habis satu topic tu, the next week dia akan buat test utk topic yang dah habis tu. Bagus lah jugak kira macam revision untuk student lah jugak ni. Nak tengok korang ingat ke tak apa yang dia dah ajar tu. Tpi, ade satu assignment untuk subjek ni. Kalau buat betul-betul rasanya senan je nak score full mark sebab ramai je yang score full mark assignment ni.

5. Basic Programming
The HARDEST one. Boleh dikatakan subjek killer. Hahaha. For those yang ada basic waktu matrik ( bagi yang ambil modul 2 & 3) and asasi UNIMAS maybe diorang senang sikitlah nak faham. But, for me yang tak ada basic langsung tetiba kena belajar Programming.  Belajar dengan Sir Rehman Ullah Khan from Pakistan. MasyaAllah. Nasib baik dapat adapt, memula tu perit lah jugak. Bila dah kenal dengan coding ni barulah sedar. Penting jugak belajar coding ni. Rasa macam orang genius pulak kalau pandai buat coding ni. Tapi, jadi stress bila code tak dapat nak run and ada error. Hahaha. The first programmer in the worls ni perempuan taw ! (ADA LOVELACE ,1815-1852)Seriousely Hebat giler !!! Banyak manfaatnya kalau pandai coding. Salah satunya kta dapat solve problem tu guna pelbagai cara baru, banyak peluang pekerjaan dalam bidang programming sebab tak semua orang power coding, and we can create something new in this world, nak jadi hacker pun boleh. Hahaha.

So, sesiapa yang belajar Programming ni, belajar lah bebetul ye. Biasa kitorang akan guna C++ je, tak guna JAVA, HTML etc. From my experiences, ramai jugak lah batchmates yang spoiler subjek ni sampai pointer kena tarik sikit. Sayang kan.

My advice for those yang nak ambik kos ni memang memerlukan kekuatan mental and fizikal korang sbb memang tough. Siapa yang suka overthinking ni memang sesuai sangatlah sbb overall kos ni memang memerlukan pemikiran yang kritikal. Memang sangat mencabar minda korang. Ni baru sem 1. Untuk subjek sem 2 nnti akan share in the next entry pulak ye. Sebab dah terlalu panjang sangat dh ni.


 Kerjaya dalam kos ni sangat lah banyak, sebab ada banyak cabang kan. Nanti korang boleh jadi programmer, boleh mintak mana mana jawatan sebagai pegawai psikologi kat mana-mana jabatan,  buka klinik kaunselor atau jadi kaunselor sekolah, jadi pengajar di sekolah pendidikan khas, jadi pereka artificial intelligence, system developer dan banyak lagi. Semoga bermanfaat ye !

LOVE, SYUE ❤

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
💖Hai. Assalamualaikum semua. Dah janji for my next entry kali ni nak cerita pasal The Razian kan.


5 AL-RAZI ( Ash yang ambik gambar )

There are about thirty students (15 boys, 15 girls). in my class. We spend a lot of time together doing our homework, study group and etc .
Okayy, let me introduce kat korang semua ahli-ahli Razian.


AIZUL EFNY , our class monitor
NIK IZAN  a.k.a Jemah. She is our assistant monitor.
IKHWAN MUZZAMIL a.k.a TALUB
DZIKRILLAH a.k.a ZICK , The Most Serious person in the class
ALIA FARHANA a.k.a Alia, Ratu muka plus Peminat tegar EXO
HUSNA AN-NADYA a.k.a Nuna
KHALISHA a.k.a Elish/Khal ( #ForeverGD)
AINA FARZANA a.k.a Yale ( Si Speaker)
KHAIRUNNISA’ a.k.a Anne, Si Spongebob Tercekik
AMIRAH ASYRAF a.k.a Ash
NIK AININA ( Pen. Ketua Badar Berjaya )
EZZAH HAZREEN a.k.a Reen
AIMI BALQIS a.k.a Mimi
SYAIRAH ( Shasha Kembung adik beradik Emma maembong)
AFIQAH a.k.a Pyqa ( Kecik molek mcm Pikachu )
FARAH HAZIQAH a.k.a Kek Farghah ( Si Gigi besi )
UMI FAZILAH a.k.a ufamofaza
AFIF AZMAL (#Dotaforlife)
SHAHEER AFHAM a.k.a Shasem ( Shaheer Hensem )
ASRI JAZLI ( Newspaper collector )
AMAN NAJIE ,Si Abam Sado
AIMAN HAKIM a.k.a LIMBO (Pakar Math, Otak Genius)
FAREEZ a.k.a Reez
FAEEZ a.k.a Paeh
SAIFUDDEN a.k.a Sai
AMIRUL SYAFIQ a.k.a Anas
AMIR SHAHROM  a.k.a Amir
NURUDDIN a.k.a Udin (#RipGoPro)

Firstly, I would generally describe my class as a mirthful bunch. Diorg ni semua sangatlah kecoh,bising and riuh-rendah suasana when the teacher is not in classroom. Bila cikgu takde, waktu ni la semua orang ambik kesempatan nak berborak, qada’ tidur, makan, buat homework for the next subject, baca novel,komik, & paper. Of course lah, there are several quiet classmates like Saifudden, Asri who prefer to keep to themselves than join in our boisterous behaviour when the teacher is not in class. Tapi, takde lah senyap sangat diorg tu. Ada masa berbunyi lah jugak dalam kelas tu. Cuma jarang kot dengar diorg bising. Sai ni kadang-kadang left out jugak dia dlm kelas ni. But, sometimes I wonder how they are able to block out the noise because most of us can be most annoying during those times. HAHAHA. Asri ni pendiam dia pun. Selalu naik kelas awal pepagi sebab nak dpt paper. HAHAHA. Idk why, ape lah yang direbutkan sangatnyaa.  Every day, mesti dia yang akan ambik dulu paper kelas 5.1. Dulu paper lah selalu jadi rebutan. Sometimes boleh bawak gaduh. Haa, biasalah. Kami ni student² yang bagus belaka. Always follow current issue. Almaklumlah, takde tv kat asrama. Sabtu ahad je dpt tgk tv.


            Nak dijadikan cerita, ni mestilah girls kan. Siapa lagi yang banyak cakap kan kalau bukan kaum-kaum hawa ni. Tapi , laki pun banyak cakap jugak😅. Huhu.

Dalam kelas ni kalau nak tahu ade macam-macam perangai haa. Pendek kata, kitorang ni complete each other lah. Kurang je sorang dlm kelas tu mesti rasa lain. Haa, yang paling femes dalam kelas tu Aman💪. Tak tahu lah ape yang femes sangat Aman ni, bukan dalam kelas je dia femes tau. Dalam batch pun dia femes. Semua orang dalam kelas tu, tak sah tak sebut nama Aman dalam sehari. Kalau ade apa-apa cikgu suruh pergi depan jawab soalan ke ape semua mesti mention nama Aman. Dalam kelas Bm lah selalunya ada nama dia. Bila buat ayat je , nama Aman yang keluar. Hahaha. Kesian Aman. Sampai sekarang dia still femes lagi haa. Abam sado lah katekan. Aman ni ade kembar dia dalam kelas Shaheer kembar Aman. Diorg ni act bknnya twin betul pun. Diorg ni saje je kenakan Aman dengan Shaheer sebab dedua ni “HENSEM”. Hahahaha. Tak tahu lah kenapa  diorg ni selalu di  pairkan sekali. Shaheer ni org panggil dia ShahSem which means Shaheer Hensem. Hahahahaha. Next, Talub ni tak tahu la mcm mana boleh dapat nama Talub. Orang kata sebab dia bulat then terbalikkan bulat tu jadilah Talub. And nama tu still melekat sampai sekarang.  Talub ni dulu tak tahu lah ape masalahnya. Selalu je gaduh dengan Ash. Macam anjing dgn kucing berdua ni. Asyik gaduh, tikam lidah je haa. Teringat lagi, time Form 3 tak silap. Sama kelas dengan diorg ni jugak. Si Talub ni ade lah buat something yang sampai buat Ash marah sangat kat dia. Ash pun baling duster kat muka dia sampai luka sikit. Ni tak tahu lah nak gelak ke ape 😂. Kesian pun hado. Kelakar pun ade. Sampai sekarang cerita pemadam ni jadi legend✌.. Ahhahaha.


Dalam kelas kitorg ni ade twins👶👶. Ya Allah, diorg ni kalau bergaduh kelakar betul. Sebab benda kecik je pun. Kadang pasal duit, pasal parents la. Dalam gaduh² pun diorg ni sweet kot. Kalau tgk diorg ni memula tak dapat nak cam. Tapi, kalau dh biasa. Dh dpt detect mana satu Faeez Fareez. Teringat dulu tak tahu la spec sapa yang patah antara kembar ni haa. Sanggup diy spec letak salotep 😂. Then, ade satu hari ni. Tak tahu lah siapa yang nyanyi lagi " Selamat pagi terima kasih pampers adik tidur lena sentiasa..." , lepas tu ade pulak si Faeez ni dengan spontannya nyanyi " Sofy body fit ". Ahhahahaha. Semua krik krik then pecah gelak. Semua loading dia nyanyi lagu apa 😂 Si kembar dua orang ni sangat lah terer dalam subjek sejarah. Selalu la jugak dpt highest mark time exam sejarah.


Anas ni antara student dalam 5.1 yang terkenal dengan perangai suka extend. Hahaha. Tak tahu lah ape sebabnya. Tiap kali cuti je mesti extend 2 3 hari ikut suka dia. Cikgu Maharani pun dh biasa dh dgn dia ni. Tiap kali extend , kene bebel aje dalam kelas 😂. Anas ni mmg kalau gabung dengan Kimet meletop lah dua orang ni. Kimet ni mmg kuat tido time kelas. Dia dengan anas lah anak murid kesayangan cikgu maharani. Time kelas sejarah je asyik kene bebel aje. Sbb tido, tak siap nota, buku latihan entah hilang kemana 😂 hahahahaha. Semua dh lali dh sama sama dengar kena bebel dalam kelas. Dua orang ni sama je perangai kuat tido dalam kelas💤💤.


Si Efny ni pulak ketua kelas 5 .1. Efny ni mmg bestfriend lah dgn Amir Shahrom. Where there’s efny,there’s amir. 😂👬. Diorg ni banyak cakap lah jugak. Suka betul bergossip dengan bdak² perempuan kat belakang. Kelas 5.1 ni meriah sebab ade free speaker📢📢📢. Siapa lagi kalau bukan Yale. Dia punya suara tu kalau dia bercakap drp koridor depan 5.3/5.2 memang dengar sampai kelas 5.1 dia punya pitch tu. Tak boleh lawan weh 😂 Cakap dalam kelas macam cakap dengan orang jauh kat luar kelas dia punya volume. 😂 Sebab tu panggil speaker. Lagi satu dia ni dulu selalu bawak tisu sekotak ke kelas sekali dengan setin biskut. Kitorg yang satu group semeja dengan dia lah yang tukang habiskan semuanya😌. Yale ni dulu haa selalu la bahasakan diri dia Yale Cantek. Ha, skrg dah lawa dh. Jadi Beauty Consultant dh sekarang. Sape nak lawa boleh Pm yale ( sis support member ). Huhu.  Jadi, kalau nak lawa amalkanlah sebut diri korg ni cantek. Lama lama jadi kenyataan. 😂 (Jangan percaya).


Syairah pulak, dia ni banyak mulut jugak dalam kelas and boleh tahan la speaker dia tu kadang-kadang kena sound cakap kuat sangat. Dia ni ade musim winter ☃(masalah hidung tersumbat, HAHAHA) , bila tiba musim winter tu, habislah penuh tisu atas meja sampai habis sekotak . Khalisha ni pulak dia jenis Tak Makan Nasi , Say NO to Nasi. HAHAHA. Khalisha dia ni kuat imagination. Bila bercerita kan, dia punya imaginasi daripada realiti boleh jadi fantasi. 👭Balqis dengan Fyqa ni dulu dh macam kanak-kanak Ribena dh tgk. Dua dua sama kecik, sama-sama periang. Suara memasing pun sama sama comel je haa. Balqis ni kalau dapat dia bercakap, naik Bas Rapid daripada Gambang sampai Bandar Kuantan tu sejam belum tentu nak berhenti bercakap. Dia punya banyaklah cerita nak sampaikan tu, tak habis habis. Haziqah ni pulak sama lah  dengan Balqis banyak cakap jugak. Alia ni Ratu Muka🌚👑 dalam kelas. Dia punya buat muka siap ada level lagi tu. From Low, Medium to High. Si Fareez sealalu jadi lawan dia buat muka. Tapi, Alia punya buat muka tu Paling Win. Anne ni kawan baik dengan Alia. Anne ni lepas main manito maniti dah tak tahu lah macam mana boleh dapat  nama Spongebob Tercekik. Sorang lagi Nuna, dia ni tak banyak cakaplah jugak dalam kelas.


 Umi ni takde la bising sangat dalam kelas. Tapi,dia ni dulu suka betul buat macam-macam punchline. Umi ni suka betul dengan subjek Sejarah & Bahasa Jepun ( selalu perform Jepun ). Afif ni dulu kuat main dota dia ni, dulu pendiam je dlm kelas. Skrg dalam grup ws kemain rancak lagi dia ni. Dzikri ni yang paling serius punya budak. Semua takut giler kot time dia marah. Huhu. Muka serius je manjang, kuat main sukan dia ni. Tak sedar diri tu nak spm dh still aktif lagi. Banyak skip kelas sebab busy sangat bersukan. Ish ish. Nasib baik perform SPM. Jemah pulak PKT berjaya. Tinggi ya amat Jemah ni. Nama Nik Izan panggil Jemah. Entah macam mana lah dia boleh dapat nama tu. Nina-ketua badar, dia pendiam je dulu dalam kelas. Baru-baru ni Nina dapat 4flat dalam STPM 2016. Wow, hebatnya Nina. Mabruk ‘alaiki Nina. Bukan senang tu nak dapat flat dalam STPM. Reen pun dah jadi Idola sekarang. Always get dean’s list for every sem. Congrats Reen. Reen ni minat betul dia dalam photography📷.


Limbo ni memang dilahirkan genius 📚💯kot. Pendiam je dia ni. Tapi, diam-diam ubi berisi dia ni. Otak genius Si Limbo ni. Udin ni biasa-biasa je raanya. Bila sebut Udin je teringat gopro dia hilang time reunion. Sorang pun tak sedar bila gopro tu hilang hanyut. #RipGoPro😢.
Okay lah, that’s all. Banyak tak ingat dah. 5.1 memang the best class I ever had. The thing I admire most about my class is our ability to work harmoniously together. Kalau buat apa-apa mesti satu kelas akan bagi kerjasama sepenuhnya. Then, semua selalu dapat capai kata sebulat sepakat bila nak  tentukan baju sukan pakai sama warna. Takde ape pun, cuma saja je nak bagi seragam cantik nak nampakkan Sehati sejiwa satu kelas tu. Bila 5.1 start pakai baju sama, the others class pun start ikut kelas kitorang pakai baju sama. HAHAHA. ( pengaruh 5.1) Moment yang paling best time main game Manito-maniti. Semua bagi cooperation yang sangat baik. Co-operation is one of our strongest points as a class sebab tu kitorg semua boleh UNITE sampai sekarang. May our friendship will be last forever.

💙💚💛💜💙💚💛💜💙💚💛💜💙💚💛💜💙💚💛💜💙💚💛💜💙💚💛


LOVE, SYUE💕

GAMBAR KENANGAN























PS: Jangan marah atau  terasa hati ye kawan kawan. Ni based on apa yang aku ingat je dulu. Banyak dah hilang dalam long term memory ni. Enjoy reading sambil throwback.















  




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

About me

Siti Nur Syuhada Binti Sai'iaan@Sai'iaan
21st Jan 1997
PHG, Malaysia
Bachelor of Cognitive Sciences UNIMAS
FOOD LOVER

Email : syuhadasaiiaan21@gmail.com

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • December 2017 (1)
  • July 2017 (1)
  • April 2017 (2)

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates