WHAT IS COGNITIVE SCIENCE ??🤔

by - July 02, 2017



Hai.. Assalamualaikum semua.🌸🌸
 Okay, since ada kelapangan masa ni. I want to share about my course. (( Bachelor of Science with Honour (Cognitive Science) )) .

Dah lama nak update pasal ni, tapi terlalu busy pulak semester 2 baru ni.

🎆SAINS KOGNITIF !🎆

Haaa ? Apa tu? Sejenis makanan ke ? Hehe
Eh, takla.. Mai nak habaq kat hampa semua apa tu Sains Kognitif.

Okay, first of all meh nak story dulu macam mana boleh pilih course ni.

Actually , Cognitive Science/Sains Kognitif (SK) is my first choice in UPU.
But why Cognitive Sciences ? Takde kos lain ke yang bagus sikit.

My answer is tak kisah la kau belajar ape pun. Kos ape sekalipun, yang penting kau dapat belajar dengan baik, get a first class degree, make both of your parents proud of you. Jangan nak dduk menilai kos itu bagus ke tak bagus. Semua sama je.

Haa, berbalik semula kenapa pilih SK ni. Act, tak tahu pun kos ni wujud pada mulanya. Semua ni terlintas bila nak isi pilihan  UPU. Memula nak ambik kos dalam bidang sains kesihatan ( fisioterapi, farmasi, makmal perubatan, etc. ). Tapi, pointer Matrik tak berapa cantik sangat la and competition pun sangatlah sengit. So, tengok lah senarai kos yang ada, sekali terpandang Sains Kognitif, UNIMAS. Mak aihh, jauhnyaaa. Kat semenanjung takde ke kos ni. Ade je kat UPSI . tapi seriousely tak sama rasanya. THIS COURSE ONLY IN UNIMAS. So, fikir banyak kali lah jugak nak pilih kos ni. Maka, bermulalah kisah pencarian di rumah pakcik Google etc. Cari punya cari ade lah jugak terjumpa beberapa blog super senior yang dah graduate dgn jayanya dalam kos ni. So, try lah contact diorang melalui email  and ade lah jugak tanya macam macam pasal kos ni. Seriousely, diorg sangat friendly and banyak membantu. Lepas tu, dh fikir bebetul. Okay, “AKU LETAK SK AS FIRST CHOICES”. Lepas tu yang pilihan bawah tu semua letak lah ikut minat and syarat yang menepati kos tu. Okay, dah muktamad. Berdoa je la semoga semuanya dipermudahkan.

Then, saat-saat yang ditunggu pun tiba. Dapat result UPU. And guess what ? Mmg dapat kos Sains Kognitif , UNIMAS. Masa tu mmg happy lah kan dapat pilihan pertama. Orang kata kalau pilih UNIMAS ni mmg akan dapatlah masuk sana. Ramai pelik kenapa lah ambik UNIMAS, jauh sangat tu, Banyak lagi uni lain kat semanjung ni. Biarlah orang nak kata apa. Jawapannya rezeki masing-masing. Nak pilih UPU ni jangan lah demand sangat pasal universiti ni. In my opinion, semua tempat sama je.
Okay,  chill. Tarik nafas panjang-panjang. Banyak lagi nak cerita kat bawah ni.

Bachelor of Science with Honour (Cognitive Science)
Definition Cognitive Science (CS)= The interdicipilinary scientific study of the mind and its process.
Dalam CS ni ada banyak bidang pulak. Antaranya : ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI), LINGUISTICS, PHILOSOPHY, PSYCHOLOGY, NEUROSCIENCE AND ANTHROPOLOGY

Can u imagine macam manalah boleh belajar 6 bidang yang berbeza dalam satu kos.

This course ada two combination of soft and hard science. Soft science tu mcm social science (psychology, history, political sciences etc.) and hard science tu pulak mcm natural science la (chemistry, biology, physics,programming etc. )

Okay, in the first semester dalam kos ni. Korang akan belajar 5 core subject which are:


1. Introduction to Lingusictic
Linguistic = The scientific study of language . ( dalam linguistic, we will learn many aspect of human language including sound (phonology & phonetic), how the language is form, language meaning (semantic), word (morphology) and etc.)

For this subject, I got a very nice lecture, (DR FITRI). Ada lagi sorang lecture kelas lain. Tak ingat nama dia apa.  At first, lambat jugaklah nak hadam subjek ni. Apebenda la aku belajar. Bukan belajar bahasa macam kita belajar English tu, Lain weyy. Hahaha. So, kalau tak fham tu, jangan lah bodoh sombong ye. Cepat-cepat la jumpa lecture tanya apa yang tak faham. Ramai lah jugak yang frust time final exam sebab tak faham and tak jawab.

Ada 3 assigment utk subjek ni. Assignment 1 (Individual) pasal family tree rasanya. Senang je tu. Tapi, make sure score full mark okay. Assignment 2 (Group) buat tentang acquisition of language , kena kaji pasal how the children acquire their first language. Kitorg kena pergi interview budak umur 5-7 tahun untuk tahu pasal budak tu punya language development. Lastly Group Project, kene buat video tentang subtopic dalam Linguistic yang kitorang dah belajar. Boleh tahan jugak lah task dia.

Lecture akan bagi topic, siapa cepat dia dapat. So korang kena alert la. Boleh pilih topic yang senang sikit. Huhu. Nasib baik lah group kami cepat dapat lah topic senang sikit (Broca’s Aphasia).

2. Cognitive Psychology
Paling senang kot subjek ni. Entah la. Kalau minat psychology senang je korang nak faham. Maybe sbb aku minat psychology. Alhamdulillah boleh la hadam dengan subjek ni walaupun my lecture (Puan Mai) selalu cancel class sbb dia busy ada kursus, workshop. Boleh dikatakan sepanjang satu sem tu hanya ada 3 atau 4 kali je kelas dengan dia. And dalam satu masa tu dia akan habiskan 7 hingga 8 bab ( . hahaha. Yang bestnya, waktu exam midterm. Puan Mai ni busy, so, dia bagi kitorg take home test (20%) which is 24 hours punya test sbgai exam midterm kitorg. Tapi soalan dia punya lah susah wei. Patutlah dia bagi bawak balik test tu. Hahahha. 

Assignment pun takde lah susah mana. Ade CogLab (30%), case study (20%). Semua tu kalau buat bebetul. InshaAllah boleh skor. Rugi kalau tak score.  Carry mark tu penting twu. Lagi 30% is FINAL EXAM. Ni lagilah mentalnyaaa, kalau korang tak dapat tips utk exam. Nasib baiklah lecture ada bagi tips. Sebab banyak wei bab nak kena cover.

3. Introduction to Cognitive Science
Haa, ni subjek basic. Korang akan belajar semua pasal cabang yang ada dalam cognitive sciences. Bila korang belajar subjek ni korang akan faham la serba sedikit pasal kos ni nanti. My lecture dulu DR Chen. Sangat baik. Best la jugak dia ajar. Subjek ni kalau tak faham tak tahu lah. Sebab dia ada related dengan subjek Cognitive Psychology dgn Linguistic. So, senang sikit lah untuk student SK. 

BTW, Kos Sains Kognitif ni bawah FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA. Dalam fakulti ni hanya ada 3 kos untuk Degree. Sains Kognitif, Pembangunan Sumber Manusia (HRD), dan Kaunseling. 
Better score highest grade for this subject. Sebab senang je kalau bebetul faham. Jangan main-main taw untuk kos ni sebab credit hours dia 4. Paling banyak tu. Kalau korang tak pass subjek ni korang kena repeat semula sebab syarat untuk ambik subjek Cognitive Neurosciences (Sem 2 nnti) mesti lulus subjek ni dulu baru boleh ambil.

4. Discrete Structure
Subjek ni paling senang rasanya masa sem 1 hari tu.  Subjek math yang takde kira-kira. Hehe.  Tak tahu la, ade orang rasa susah sikit subjek ni. Subjek ni belajar dia senang, tapi bila time exam boleh tahan lah susah jugak tu. Matematik diskrit ni macam korang belajar macam lebih kepada application kot. Contohnya, macam ada berapa cara untuk kita buat password dalam satu sistem komputer, macam mana kita nak susun bulatan daripada kecil hingga paling besar mengikut urutan, berepa banyak peluang untuk seseorang tu menang cabutan bertuah. Lebih kurang macam tu lah. Tapi, subjek ni lah paling banyak TEST. Hahaha. Tapi jangan risau, test dia senang je. 

Biasanya, bila dah habis satu topic tu, the next week dia akan buat test utk topic yang dah habis tu. Bagus lah jugak kira macam revision untuk student lah jugak ni. Nak tengok korang ingat ke tak apa yang dia dah ajar tu. Tpi, ade satu assignment untuk subjek ni. Kalau buat betul-betul rasanya senan je nak score full mark sebab ramai je yang score full mark assignment ni.

5. Basic Programming
The HARDEST one. Boleh dikatakan subjek killer. Hahaha. For those yang ada basic waktu matrik ( bagi yang ambil modul 2 & 3) and asasi UNIMAS maybe diorang senang sikitlah nak faham. But, for me yang tak ada basic langsung tetiba kena belajar Programming.  Belajar dengan Sir Rehman Ullah Khan from Pakistan. MasyaAllah. Nasib baik dapat adapt, memula tu perit lah jugak. Bila dah kenal dengan coding ni barulah sedar. Penting jugak belajar coding ni. Rasa macam orang genius pulak kalau pandai buat coding ni. Tapi, jadi stress bila code tak dapat nak run and ada error. Hahaha. The first programmer in the worls ni perempuan taw ! (ADA LOVELACE ,1815-1852)Seriousely Hebat giler !!! Banyak manfaatnya kalau pandai coding. Salah satunya kta dapat solve problem tu guna pelbagai cara baru, banyak peluang pekerjaan dalam bidang programming sebab tak semua orang power coding, and we can create something new in this world, nak jadi hacker pun boleh. Hahaha.

So, sesiapa yang belajar Programming ni, belajar lah bebetul ye. Biasa kitorang akan guna C++ je, tak guna JAVA, HTML etc. From my experiences, ramai jugak lah batchmates yang spoiler subjek ni sampai pointer kena tarik sikit. Sayang kan.

My advice for those yang nak ambik kos ni memang memerlukan kekuatan mental and fizikal korang sbb memang tough. Siapa yang suka overthinking ni memang sesuai sangatlah sbb overall kos ni memang memerlukan pemikiran yang kritikal. Memang sangat mencabar minda korang. Ni baru sem 1. Untuk subjek sem 2 nnti akan share in the next entry pulak ye. Sebab dah terlalu panjang sangat dh ni.


 Kerjaya dalam kos ni sangat lah banyak, sebab ada banyak cabang kan. Nanti korang boleh jadi programmer, boleh mintak mana mana jawatan sebagai pegawai psikologi kat mana-mana jabatan,  buka klinik kaunselor atau jadi kaunselor sekolah, jadi pengajar di sekolah pendidikan khas, jadi pereka artificial intelligence, system developer dan banyak lagi. Semoga bermanfaat ye !

LOVE, SYUE

You May Also Like

3 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hye Syu. I come from future. You'll be graduated with Cognitive Science bachelor in 2019. In 2020, pandemic Covid-19 outbreaks and ruin the world. Bad thing is in 2021, you'll also be one of the victims. But no worry, you'll cured.

    ReplyDelete
  3. hai nak tanya lebih subject ni bolee? email?

    ReplyDelete