My School : Pengalaman belajar di SEMESTA
Assalamualaikum reader sekalian. This is my first entry in my blog.
Untuk entry kali ni, tetibe teringat pasal zaman sekolah time duduk asrama dulu.
Betul lah, pepatah Melayu moden ada mengatakan,
“Ko memang akan tinggalkan asrama, tapi asrama tidak pernah meninggalkan engkau."
HAHAHAHAHA.
Kenangan kat asrama dulu mmg tak dpt dilupakan. Am I right ?.
Korang pun mesti rasa macam tu kan.
FYI, Syu dulu sekolah dekat SM Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang.
My school from F1-F5💓
Act, tak pernah tahu pun sekolah ni wujud kat Raub ni.
Bila dh dpt offer masuk sini baru tahu ni sekolah asrama penuh. Huhu.
Okay la, kat sini nak cerita beberapa pengalaman waktu sekolah dulu.
1. Kawan Dunia Akhirat 👭
Masa kat sekolah dulu every year intake Form 1 akan dapat nama batch.
And my batch named OMITRIX.
Maksudnya,
"ONE MISSION TOWARD EXCELLENT"
MY BATCHMATES 💕 (spot me.,huhu)
Day life at boarding school is like the best of both world.
At first nak masuk sini mcm takutlah jugak kan. Sebab takde kwn drp sekolah rendah
and first time kena dduk asrama. SOB..SOB..
Bila dh masuk SEMESTA, I was excited to have an opportunity to make friends with
people from around Malaysia ( Malaysia lah sgt, orang kata SBP ni biasanya
mix student from all the states in Malaysia )
hehe..
Biasalah, bila dah duduk jauh daripada keluarga kan dan bila kat sekolah pulak kita nak kena mengadap muka member yang sama 24 jam.
share bersama termasuklah kongsi shower,
kongsi makan megi, kongsi makanan kat rumah buat potluck tiap kali baru balik cuti,
sampai katil pun boleh kongsi
(sebab nak ber-pillow talk/ bed time story lah kononya di malam hari).
Ingat lagi, first person yang aku tegur is Putri. She is my dormmates. Tapi, tak dpt kenal lama pun.
Bbrpa bulan kat sana dia dh pindah tukar sekolah.
dan bermula lah aku kenal dengan dormmates yang lain, Fa'a.
Kebetulan kitorg sama kelas waktu form 1, so mmg rapatlah kan.
Then, dptlah pulak dormmates baru Sherry dgn Arie.
Kat sini jugak lah i found my soulmate dunia akhirat, Nurul Aiman Hazaruddin.
and meet my best girlfriend ever Nur Syairah Shahrul Anuar and Anis Fariha Mohd Nor.
(sampai skrg hafal sampai nama bapak iolss..)
Satu lagi yang best tentang time sekolah dlu is my Classmate waktu F5.
Nama kelas 5 Al-Razi ataupun panggil 5.1 je.
Diorg ni sangat-sangatlah kecoh dan ade mcm-mcm perangai😂. Diorg ni
jugaklah antara member yg still contact sampai skrg and diorg ni mudah terhibur.
Group whatsapp pun masih wujud lagi sampai skrg.
We all dh macam one BIG FAMILY taw.
Sebab tu lah, kalau korang perasan banyak aktiviti reunion ni budak-budak sekolah asrama je yang buat. Tambah-tambah sekolah asrama yang ada alumni yang hebat-hebat. Bayangkanlah kalau dh berpuluh tahun tak jumpa semua , konfem la bila berkumpul ada sesi Jejak Kasih sikit. HAHA
Okay, cukup pasal Razian. Takkan habis kalau nak story Razian je.
(to be continue pasal Razian in my next entry)
The Minion ( Razian Family )
Razian with Cikgu Maharani ( Guru kelas )
2. Zaman freshie people called it "zaman neraka".
Kes-kes buli dan ragging ni memang dah sebati sangat dengan kehidupan berasrama. Kes denda beramai-ramai (sebab kerek, contact dgn senior laki, paling tak masuk akal sebab spoil dorm tak dpt markah 10, kalau 6,7,8 memang teruklah kena. huhu ) . FYI, kitorang yang sekolah berasrama ni tinggal ikut rumah sukan warna biru, kuning hijau, merah. habis semua baldi, cadar, loker, langsir blik kau semua warna rumah sukan lah. sepanjang tahun, kami akan ada sistem rumah di mana ada 4 kategori iaitu sahsiah & disiplin, akademik, kokurikulum and 3K. 3K ni melibatkan bilik dorm di asrama which is every day (Mon-Sat morning) akan ada prefect yang akan cek keceriaan dorm, if ade yang tak kemas ikut kriteria yg ditetapkan. haa, habislah dorm kene potong markah (dipanggil "spoil dorm" ). ni semua sebab at the end of the year, kami keempat-empat rumah ni nak bertanding dapatkan juara bagi keempat kategori sistem yang ada dan merangkul piala "House of The Year" (apa house of the year, next entry ye ).
and kami memang dah biasa kene denda bila spoil dorm, tapi takde yang ekstrem sampai melibatkan kematian ye. Ni cuma nak bagi kesedaran ( kesedaran lah sangat, tapi esoknya spoil jugak 😪😅) Budaya ni biasanya berkait rapat dengan rasa senioriti. Nak kata teruk ke tak eh ? Ermm, not bad lah. teruk tak teruk sangat. Hahaha. setakat kene 'bang' dgn senior tu. Ha, chill je kot. Ketaq lutut time kena marah je. lepas tu kau ajuk balik senior kau tu. hahahaha. Asal tiap hujung minggu je sabtu malam ahad ade la announcement F1 & F2 kene stay lah, masuk blik kapten lah. Sbb time tu je timing yang paling sesuai nak 'bang' junior ni. Kadang tu ade je benda kecik je pun diorg still nak marah juinor jugak haa.. Asalkan senior-senior ni semua boleh buat apa yang dorang suka terhadap junior. Yang sedihnya bila junior yang selalu kena buli tu jadi senior, benda yang sama jugak diorg buat.
Yang paling terpahat, tersemai, teringat dan segala ter yang ada dalam kepala ni time tahun 2011. Yang ni mmg zaman 'KEGEMILANGAN' senior-senior form 5 ni ragging budak. hahahha. Boleh dikatakan depa ni memang yang paling teruklah kitorg kene. That moment, kene push-up selang seli girls and boys kat DEMA (dewan makan). ketuk ketampi ala-ala labu labi. kene half squat sambil dengar diorg membebel ( sbb spoil dorm lagi ). Ni paling tak tahan sampai bengkak my ibu jari kaki kot. Ade lagi my friend from the other house yg kena tolak time tengah cuci tingkap sampai luka tangan, ade yang kena merangkak sepanjang koridor, jalan itik keliling koridor. ( tak boleh lawan warden punya jalan itik dekat depan DEMA. HAHHAHAHA)
Oleh kerana budaya ni dah biasa sangat, apa yang kitorg ni boleh buat adalah ambik langkah berjaga-jaga. Contohnya, jangan kerek sangat dengan orang lain/ senior. Selalu la dptkan perfect 10 untuk markah dorm tiap hari. Pastu rajin-rajinkanlah diri ni tu involve dlm aktiviti-aktiviti kat asrama tu ye. Kiranya hidup kat asrama ni adalah latihan asas untuk tinggal dalam komuniti sebelum kita melangkah keluar ke dunia nyata nanti. Huhu.
3. Macam-macam cerita hantu
Memang tak sahkan kalau takde cerita hantu kat asrama ni . Antara cerita hantu paling legend yang selalu dengar kat asrama dulu termasuklah “Dah ingat ke, dah tahu” (versi bilik studi dan versi tandas) dan jugak “1 dah tidur, 2 dah tidur, 2 belum lagi…”. Hah kalau korang ada darah tinggi ke lemah semangat ke jangan la dengar ye kat asrama tu cerita-cerita hantu. Buat tak tahu je la.
Biasanya kisah-kisah seram ni bertujuan nak menakutkan junior je, lagi syok kalau semua orang kumpul ramai-ramai dalam bilik, tutup lampu, dan mula sesi penglipur lara. Kadang-kadang tu ade time kelas prep petang/malam semua kumpul satu tempat bawah kipas dalam kelas dan ade la orang mula bukak sesi bercerita pasal hantu ni haa. Tapi berdasarkan pengalaman dulu, bukannya ada hantu pun, lagi banyak orang yang perangai mengalahkan hantu ada lah. HAHAHAHA.
4.Belajar Sampai Muntah Pelangi
Pembelajaran kat sekolah asrama ni tak jauh beza pun dengan sekolah harian biasa, cuma of course lah, lagi kompetitif. Masing-masing setiap sekolah dalam Malaysia nak kejar ranking SBP terbaik setiap tahun yang dibuat berdasarkan keputusan PMR/SPM. Time ni lah cikgu-cikgu di SBP ni semua akan buat banyak kelas tambahan untuk make sure ranking yang terbaik. Tiada penurunan ranking.
Student-student pun memang dah ada jadual belajar yang ditetapkan dan semua WAJIB ikut kelas tambahan yang ditetapkan oleh cikgu-cikgu setiap subjek. Biasanya kelas tambahan ni buat waktu prep petang/malam atau waktu prep pagi sabtu. kadang-kadang hari ahad pagi pun ada kelas tambahan jugak. Satu batch wajib datang and semua ditempatkan kat dalam dewan besar. nanti akan dibahagikan kpd beberapa kumpulan dan ada sifu yang akan membimbing rakan-rakan yang lain.
Yang bestnya pasal duduk SBP, biasanya kitorg dapat belajar bahasa asing tambahan seperti Bahasa Jepun, Perancis, Jerman, Arab dan lain-lain. Nanti bila murah rezeki dapat travel ke luar negara beb, baru la syok sikit bersembang dalam bahasa dorang! Huhu
Kalau korag semua fikir yang budak-budak SBP ni pulun sebab ambik satu subjek lebih, tunggu bila korang dengar pasal budak sekolah agama nih pulak yang ambil sampai 10 subjek tambahan lagi! Perghhh, banyak kot. Haa, Ini termasuklah Bahasa Arab, Al-Quran, Tauhid, Feqah, dan banyak lagi… Muntah hijau weh 😵
5. Makanan DEMA yang SEDAPPPPPPPPPP ! (agak boleh telan, kita telan kalau tak nanti kebuluq memasing)
Kalaulah dapat pengusaha DEMA (Dewan Makan ye) yang sedap, memang sejuklah hati dan perut kitorg ni smua sepanjang semester. Ni memang bestlah Tapi bagi yang kurang bernasib baik tu… redha je lah eh, sebab memang biasa dapat ayam liat, kecik, tak masak betul, kadang ade ulat tak pun serangga dalam makanan. Ikan dia tu tu boleh buat main bowling kot. Dia punya keras macam batu. hahaha.
Sebenarnya menu untuk sekolah asrama ni dah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan budak-budak dapat nutrien yang secukupnya, siap ada checklist makanan lagi kot untuk make sure semua makanan yang dihidangkan sihat dan bersih .Sebelum makan je, mesti tanya dulu siapa-siapa yang tengok menu kat DEMA hari ni makan apa. lepas tu viralkan. Hahaha. Nak makan tengahari pun tanya dulu dalam kelas siapa tengok menu makan hari ni. Untuk breakfast pulak kalau time makan bubur nasi + telur masin + sayur kangkung, nasi impit + rendang, kueh tiaw, nasi lemak, nasi goreng. semua dok sibuk beratur panjang. kalau makan cereal, soto semua taknak pi makan sebab tak kenyang. Ade menu pun, diorg ni kadang suka hati tukar menu. Kecewa , hancur harapan nak makan sedap bila sampai DEMA ingat menu hari ni ayam, rupanya dah tukar dengan menu waktu lain. Makan lah sayur lah dengan ikan goreng batu je.(Alhamdulillah rezeki). Tapi siapa sangatlah yang ikut kan menu yg di tentukan ni.
Sebagai student ikutkan je lah. Siapa lah kita nak tentukan DEMA masak apa hari ni. Huhu
MENU MAKAN (image from google)
5. Stay up berjemaah
Ni satu budaya memang tak pernah tinggal lah. Bila sampai musim exam je, ade lah stay-up berjemaah kat hujung koridor, depan bilik, tepi tangga, kat meja batu tepi court.
Moment yang paling ingat sampai sekarang esoknnya ada exam Biologi utk Trial SBP. Then, ade la stay up kat bilik study, bilik TV, atas court, meja batu n banyak lagi. Nak dijadikan cerita, kebetulan warden ade bangun ternampak lampu bilik study bernyala lagi. Habislah semua kantoi stay up guna bilik-bilik khas ( bilik study, bilik tv limit guna sampai 12,30 je , diHARAMkan selepas 12.30). Yang stay up tu semua habislah kene ambik nama and dikenakan tindakan dimerit. Ade lah dlm 20 lebih orang kot.. HAHHAHA
Okay la. Sampai sini jelah. Banyak lagi moment-moment yang best time kat SBP dulu. nak cerita semua tak tahu bila nak habis.
Walaupun beberapa tahun je dduk asrama. Tapi semua kenangan takkan dapat dilupakan lah. terutamanya kawa-kawan yang sentiasa ada time susah senang jatuh bangun kita sepanjang belajar di sekolah.
Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.
Love, Syue 💕





0 comments